follow Home tumblr entry stuff about
 template by : leejaehyun
Salam 30 Ramadhan βœ¨πŸŒ™
24 June 2017 β€’ 12:31 PM β€’ 0 comments

Assalamualaikum & hai!

Can you believe that today is the last day of Ramadhan (for this year) and tomorrow is hari raya already?! Macam tak percaya, tapi kena percaya πŸ˜…

I still do not feel enough raya vibes. It's true that as you grow older, raya does not feel as much as exciting as when you were younger. Atau adakah sebab raya zaman sekarang ni yang sebenarnya makin tak best?

Waktu buka puasa dua hari lepas, kitorang satu keluarga & nenek berborak-borak pasal mercun. Lepas tu, perbualan pun berubah topik kepada raya dulu vs raya sekarang. Nenek kata, "Raya dulu meriah. Sebulan sebelum raya dah rasa seronok." (Ok, please be noted that these are not the exact dialogue πŸ˜‚) "Buat kuih raya dari malam sampai subuh esok. Sekarang ni semua siap beli je. Semua dah ada."

Ayah pulak kata, "Dulu raya seronok sangat sebab waktu raya la dapat makan ayam dan lembu. Time tu je la dapat. Itu pun kalau dapat tangkap. Duit bukannya ada nak beli." Waktu ni, terus rasa Ya Allah susahnya hidup dulu-dulu πŸ˜₯ Ni kita sekarang hari-hari makan mewah. Selalu membazir & lauk tak habis. "Raya pun biasa-biasa je. Mana ada pakai baju raya mahal-mahal macam sekarang." 

Memang pun πŸ˜• Kitorang pun macam, "Nak buat macam mana, zaman dah berubah." Semua bendaaaa mahal. Kadang-kadang, bila terasa nak beli sesuatu yang mahal tu, terfikir, "Haa ni beli ni sebab kita betul-betul mampu dan perlu beli, atau nak ikut trend je sebenarnya?" Teringat kat orang-orang yang lebihhhh lagi tak mampu. Kadang-kadang termasuk jerat jugak. Terbelanja lebih-lebih jugak πŸ’ΈπŸ˜… Tapi dalam pada tu, ingat-ingatlah kita pada orang yang susah (sedekah, doa-doakan diorang).

Selama sebulan ni, kita dah pun menghayati macam mana susah orang yang hari-hari tak cukup makan. Jadi, mari lah kita sambut hari raya dengan bersederhana tapi masih meriah. Sebab dalam bersederhana tu ada keberkatan πŸ’›

Walaupun mungkin sikit je rasa seronok tu, raikanlah hari kemenangan kita berpuasa & beribadah bersungguh-sungguh selama sebulan. Harapnya, dalam bulan-bulan lain pun kita tetap terus istiqamah. Semoga bulan Ramadhan ni sedikit sebanyak dah mengubah kita jadi hamba-Nya yang lebih baik. There's always time to change and improve πŸ’ͺ

Selamat hari raya maaf zahir dan batin πŸ˜ƒ

Labels: , , , ,



PAST